Friday, January 16, 2015



OMBAK RINDU




Harga: RM 19.90
Halaman: ~576
Tarikh Terbit: 6 Mac 2003
Penerbit: Alaf21


Sinopsis
IZZAH adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. 

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela. 


Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. 


Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

---------------------------------------------------------------------------------------

ini adalah novel pertama yang aku baca...memang sangat BEST...start dari tu aku minat giler baca and kumpul novel..tapikan bila dia buat keluaran terbitan cover baru tak cantik lak..aku lagi suka yang lama..paling tak best bila diadaptasi kepada cerita..hahaha...lansung aku tak tengok..






No comments:

Post a Comment